Menu










Kehebatan muzik video Kisah Hati terletak kepada beberapa elemen iaitu melodi lagu itu sendiri, seni kata dan nyanyian Alyah yang sangat menggetarkan.

Ditambah pula dengan garapan Ghaz sebagai pengarah sebelum ini pernah menghasilkan muzik video untuk Anuar Zain (Mungkin & Sesucinya Cintamu) dan Kaer (Izin Ku Pergi) yang dibantu kru produksi profesional, maka segala yang cantik berjaya dirakamkan selama dua hari.

Faktor lain yang penting sudah semestinya aura Remy serta landskap Perlis Indera Kayangan yang membentuk lukisan semula jadi yang sangat mempesonakan.

Jelas sekali pemandangan indah di sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lengang di Ladang Tebu Chuping, sangat membantu kepada penceritaan dan ‘mood’ muzik video ini.

Apa yang menarik, pembikinan muzik video Kisah Hati bermula pada bulan lepas apabila Alyah, Ghaz, jurumekap Bosco dan penulis sendiri pergi membuat tinjuan lokasi ke arah utara Semenanjung. Terbukti bahawa Alyah sendiri sanggup bersusah payah membuat pencarian lokasi bagi memastikan apa yang dimahukannya benar-benar tercapai.

Seterusnya, penggambaran Kisah Hati berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 9 dan 10 Mac lalu dan semua petugas menginap di Tasoh Lake Resort yang sudi memberikan tajaan. Pihak Alyah juga mengundang beberapa wartawan hiburan ke Perlis dan Ghaz sendiri membawa lebih 12 kru produksi profesional dari Kuala Lumpur.

Kata Ghaz, muzik video Kisah Hati itu akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini dan akan diedarkan Alyah ke semua stesen TV tempatan dan negara jiran termasuk Singapura serta Brunei Darussalam.

Lirik Lagu Kisah Hati – Alyah

Hatiku hatimu

Menjadi satu cinta

Ku rasa hadirmu

Hanya sempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin tidak bersama

Hadir di angkasana

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin tidak bersama

Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya



Video Kisah Hati-Alyah



Download MP3 Mediafire Lagu Kisah Hati - Alyah


Gambar Remy Ishak, Gambar Alyah, Video klip Kisah Hati, Video Youtube, download lagu Kisah Hati mp3,mediafire download mp3,kisah hati lirik,lyrics kisah hati, lirik lagu kisah hati by aaliyah, gambar klip video kisah hati alyah.

 
Top