Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
TELOK KEMANG 15 Sept. - Salah sebuah saluran paip di Loji Penapisan Minyak Esso di Batu 2, Jalan Pantai, Port Dickson terbakar selepas dipercayai pecah dalam satu kejadian di sini kira-kira 1 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba Port Dickson, Yahya Jaafar yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Namun katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa di lokasi terbabit. - Utusan