Menu



Seorang penjual tempe dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban semalam atas pertuduhan mencabul anak perempuannya berusia 12 tahun.

Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Rahimah Rahim dan mohon dibicarakan selepas mendengar kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan bapa kepada empat anak didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan anak perempuannya berusia 12 tahun, lebih kurang jam 5.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Stesen Nilai.

Perbuatan itu dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu. [SEREMBAN]

*** Sumber disunting dari Sinar Harian Online 2 April 2016
 
Top