Menu




AKTRES jelita, Eva Longoria Parker membuat pengakuan bahawa dia dan suaminya, Tony Parker hanya boleh melakukan hubungan seks pada hujung minggu.

Ini kerana dia sibuk dengan jadual penggambaran di Hollywood dan Tony pula mempunyai komitmen dengan pasukan bola keranjangnya, San Antonio Spurs di Texas.

Kata Eva kepada majalah Joy, "Saya bekerja tiga hingga empat hari seminggu sebelum terbang ke Texas untuk menghabiskan masa bersama Tony. Jadi kami hanya akan melakukan hubungan seks pada hujung minggu."

Masa intim dengan Tony juga semakin berkurang apabila EVa sibuk dengan aktiviti lain jika tidak berlakon. Aktres berusia 34 tahun itu telah menubuhkan syarikat produksi sendiri dan memiliki restoran di Hollywood yang menawarkan makanan Mexico.

"Saya benci jika saya mempunyai masa lapang. Saya tidak boleh duduk diam. Kini saya mempunyai syarikat produksi sendiri dan sudah menerbitkan tiga program TV. Pada masa yang sama, saya dan Tony sedang membina rumah di San Antonio dan ia mengambil masa yang panjang. Tapi saya sukakan kehidupan yang sibuk," tambahnya.

Selain daripada kehidupannya yang sibuk, Eva gembira menjadi seorang isteri dan akan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Tony.

"Kehidupan selepas berkahwin amat baik. Ia memberikan lebih kepuasan berbanding kerja. Saya suka menjadi suri rumah. Daripada memasak, membersih serta menjahit, semuanya amat menyeronokkan," ujar Eva yang popular menerusi drama bersiri Desperate Housewives
 
Top