Menu


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap lebih ramai majikan yang mempunyai 20 atau lebih pekerja membayar caruman KWSP dan penyerahan Borang A melalui perbankan Internet bagi meningkatkan ketepatan transaksi.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan semalam berkata, membuat bayaran melalui perbankan Internet bukan saja mudah dan terjamin, malah majikan juga boleh menjimatkan kos kerana tidak perlu pergi ke pejabat KWSP.

“Setakat ini, hanya sembilan peratus majikan yang membuat bayaran caruman dan mengemukakan Borang A secara elektronik sama ada melalui CD, disket atau Internet,” katanya.


Majikan yang pertama kali mahu menggunakan kemudahan itu boleh menghubungi mana-mana 11 bank yang dilantik sebagai ejen KWSP iaitu RHB Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, EON Bank, Alliance Bank, Deutsche Bank, Citibank, OCBC Bank dan UOB Bank.

* Sumber Harian Metro Online 15 September 2010
 
Top