Menu


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret, semalam menetapkan 18 hingga 22 April ini untuk perbicaraan kes pelakon Benjy yang didakwa atas dua tuduhan memiliki dadah jenis syabu awal Mac tahun lalu.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan itu selepas peguam bela, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy memberitahu mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu keputusan representasi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penahanan pelakon itu, mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 pada awal Oktober lalu.
 
Top