Menu


GEORGETOWN: Usianya masih muda dan bercita-cita menjadi seorang pengarah fotografi terkenal, tetapi bukan untuk filem aksi atau drama, sebaliknya aksi lucah membabitkan rakan mereka yang meliwat seorang budak lelaki.
Aksi berani ketiga-tiga pengarah dan pelakon lucah itu menemui titik akhir apabila dicekup polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Gambir, Gelugor di sini, Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar Ogos lalu di salah sebuah rumah milik salah seorang suspek.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pihaknya menahan pelakon utama berusia 13 tahun yang dipercayai meliwat kanak-kanak berusia tujuh tahun di rumahnya Selasa lalu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan suspek adalah rakan mangsa dan dua lagi rakan mereka yang masih remaja bertindak sebagai jurukamera dengan membuat rakaman menggunakan kamera video dan telefon bimbit.

Katanya, biarpun kejadian itu baru dilaporkan, berdasarkan keterangan daripada mangsa dia diancam supaya tidak membocorkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.
“Namun, di sebalik kelicikan mereka, akhirnya klip rakaman aksi lucah itu ditemui keluarga mangsa walaupun selepas dua bulan kejadian lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong.

“Ekoran laporan yang dibuat keluarga mangsa, sepasukan anggota polis bertindak menahan ketiga-tiga suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.
Gan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan ketiga-tiga mereka ditahan reman dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan serta sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau penjara 20 tahun dan sebatan.

*** Sumber Harian Metro Online
 
Top