Seronok menjalinkan hubungan sex dengan pasangan masing-masing melayarkan bahtera cinta terlarang di pelbagai tempat tetapi akhirnya setelah disahkan mengandung??? arang juga yang diconteng pada keluarga. Tidakkah terfikir langsung mana letaknya maruah keluarga ibu dan ayah tercinta??? Jika tidak mahu fikir dosa yang menjadi perkara utama setiap perbuatan, fikirlah maruah IBU yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan 9 hari dalam kandungan, melahirkan kita dengan mempertaruhkan nyawanya untuk membenarkan kita membesar dan melihat dunia ini...fikir-fikirkanlah dan renungkan sejenar pengorbanan seorang ibu kepada anaknya selama ini.
Buat awek-awek melayu yang bebas tanpa kawalan mencari hala tuju hidup di luar sana semoga kalian insaf dan pulang ke jalan yang benar. Usahlah kalian menjadikan pekerjaan GRO, Call Girl, Perempuan Simpanan sebagai karier utama yang menjamin tempat Neraka kepada kalian. Memang lah pekerjaaan itu masyuk, kerana sebut saja Call Girl, ada yang telefon call girl dan panggil anda ketika khidmat anda diperlukan dan dibayar kerana servis yang anda berikan amatlah lumayan, tetapi lumayan di dunia dan hinaan di akhirat. Tinggalkanlah segala yang dilarang oleh Agama Islam dan ikutilah segala suruhan dan perintah Allah S.W.T. InyaAllah keberkatan akan diperolehi bagi mereka yang beriman. Amin...