Menu


Oleh Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my
2011/01/17

PUTRAJAYA: Seorang kakitangan wanita sebuah agensi kerajaan yang sering mengajak teman lelakinya masuk ke rumahnya di kuarters kerajaan di sini, ketika ketiadaan rakan serumahnya ditangkap khalwat, di Presint 18 di sini, awal pagi semalam. 

Sumber berkata, perbuatan wanita berusia 24 tahun itu dan teman lelakinya terbongkar apabila ramai penghuni kuarters berkenaan ternampak lelaki tidak dikenali sering keluar masuk ke rumah terbabit pada waktu malam.


Katanya, penduduk yang curiga dan berang dengan perbuatan wanita berkenaan membuat laporan kepada Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Berikutan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa JAWI Putrajaya bergegas ke sana kira-kira jam 1.30 pagi semalam sebelum menahan mereka. 

Anggota penguat kuasa JAWI terpaksa menunggu lebih setengah jam selepas memberi salam dan mengetuk pintu sebelum seorang wanita memakai seluar panjang dan baju kemeja serba hitam membuka pintu rumah. 

Difahamkan, pegawai penguat kuasa JAWI menemui seorang lelaki berusia 24 tahun berseluar pendek dan berkemeja serba hitam dalam rumah terbabit.


*** Sumber disunting dari Berita Harian Online 17 Januari 2011.
 
Top