Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air.
Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.
“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas pulang daripada berubat, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya.
Berikutan itu, mangsa dibawa ke Balai Polis Sungai Bakap pada hari kejadian untuk membuat laporan, katanya.
Berikutan laporan itu, polis menahan ustaz berkenaan yang juga seorang pendakwah bebas pada keesokannya bagi membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati suspek yang menerima pendidikan tinggi di Syria, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.
*** Sumber disunting dari Berita Harian Online 12 Januari 2011.