GEORGETOWN: Dua kanak-kanak termasuk seorang perempuan yang dipercayai menjadi mangsa liwat, cabul dan rogol di sebuah rumah kebajikan di Jalan Penang di sini, diletak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu tindakan selanjutnya.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Khairul Amri Ahmad, berkata kanak-kanak perempuan itu kini dijaga pihaknya, manakala kanak-kanak lelaki itu dijaga keluarganya selain menunggu keputusan siasatan pihak polis selesai.
Kelmarin, polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun di Sungai Petani, Kedah, bagi membantu siasatan selepas satu laporan polis dibuat seorang peniaga wanita pada 12 Januari lalu yang mendakwa berlakunya kes cabul dan rogol seorang kanak-kanak perempuan di pusat berkenaan dua tahun lalu.
*** Sumber disunting dari Berita Harian Online 17 Januari 2011.