Menu




Sebuah lagi filem dari Metrowealth yang menarik untuk dikongsi bersama berjudul Kongsi. Filem ini yang dibarisi oleh pelakon popular seperti Sam Shaheizy & Bront akan menembusi pasaran pawagam pada tahun 2011.

“Lu Langsi, Lu Mati”, satu trademark yang pasti menjadi ikutan orang ramai. Beberapa adegan lucu yang dipaparkan dalam trailer Kongsi, kebanyakannya mempertontonkan Sam Shaheizy memainkan watak sebagai ahli kongsi yang terlampau berani, tetapi amat clumsy.

Buat pertama kali juga kami melihat kereta Evo polis menjadi taruhan penting dalam aksi kejar mengejar. Logik juga, takkan’lah nak kejar Nissan GTR (betul ke kereta tu?) ahli kongsi gelap dengan Waja polis. Dan, jarang juga kita melihat kereta polis dihancurkan dalam babak filem, tetapi dalam filem Kongsi, babak hancur menghancur dipaparkan – epik sungguh!

Sinopsis Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati!
Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Nantikan filem ini di pawagam nanti. Pada awal 2011.

Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.

Pelakon-pelakon filem Kongsi 2011 : Shaheizy Sam (Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Abd Basid (Man Jawa), Shafie Jaafar (Tok Malik), Shahfiez (Radhi), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Hairul Azreen (Remy), Sasqia (Sarah), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy), Komeng (Rahim), Nizar Jeffrey (Boboy), Alex Yanz (Robert).

Korang saksikan sendiri kehebatan filem kongsi 2011 :
 
Top