Menu


ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu, dicekup bersama kekasihnya ketika asyik memadu asmara dalam sebuah kereta di Gunung Keriang, di sini, petang kelmarin.
Remaja terbabit bersama pasangannya yang berusia 18 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kira-kira jam 3 petang dalam keadaan tali pinggang dan seluar mereka terbuka kerana dipercayai mahu melakukan hubungan seks.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata pasangan itu dicekup dalam `Ops Berahi 2’ di sekitar kawasan itu berikutan kereta dinaiki mereka diletakkan jauh daripada orang ramai.
“Apabila disoal, pasangan itu mengaku perbuatan berkenaan dalam kereta berkenaan dan merayu meminta dilepaskan. Dia memberi alasan mahu berjumpa teman lelakinya buat kali terakhir pada hari itu sebelum memutuskan hubungan mereka.

“Bagaimanapun, kedua-duanya yang berasal dari Alor Biak, Jalan Sungai Korok dan Kampung Gelong di Jitra itu ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak pada orang ramai,” katanya.

Dalam operasi itu juga, pihaknya turut menahan sepasang kekasih di sebuah motel di Kampung Pisang, Lebuhraya Darulaman, di sini kira-kira jam 4.30 petang kerana disyaki berkhalwat.

*** Sumber Harian Metro Online
 
Top